Monday, October 12, 2009

Kem Hijrahku Bina Insan siri 3




Semalam program Hijrahku Bina Insan berakhir dengan lancar. Fasilitator bagi program ini adalah Ustaz Faisal selaku Ketua Fasilitator, Ustaz Ahmad dan dibantu oleh Ustaz Razak iaitu Fasilitator jemputan daripada Universiti Malaya.


Peserta kursus ini secara puratanya adalah dalam lingkungan 30- 60 tahun. Sebaik para peserta tiba, mereka dihidangkan dengan sedikit kuih muih sebagai alas perut.

“Saya sudah 3 kali ikut kursus begini Ustaz”, ujar salah seorang peserta dengan raut wajah yang kurang senang.

“Tak apa pak cik, mungkin kursus ini berbeza dengan kursus yang lepas”, ujar Ustaz Faisal kepada peserta tersebut yang usianya saya kira sudah mencecah umur 50 an.

Semasa di dalam dewan, Pak Cik tadi enggan mengisi borang modul yang diberikan oleh pihak zakat.

Biarlah orang lain isi, saya dah selalu buat benda macam ini”, ujar peserta tersebut.

Selepas selesai sesi ice breaking, peserta di lepaskan untuk sesi makan tengah hari. Sekali lagi kami mengambil kesempatan untuk duduk bersama dengan mereka dan mencungkil masalah dan latar belakang mereka.

Sebaik selesai menjamu selera, slot diteruskan dengan sesi penghayatan ibadah sementara menantikan waktu untuk menunaikan solat Fardhu Zohor. Penghayatan ibadah ini merupakan sesi wajib di dalam mana-mana program Fitrah Perkara. Di sini adalah masa untuk menekankan kepada peserta bahwa program solat merupakan program wajib dan ianya menentukan keberjayaan kepada keseluruhan program. Di dalam penghayatan ibadah ini, .diterangkan berkenaan dengan perjalanan solat daripada bagaimana hendak mencapai hening rasa sehinggalah selesai solat. Sebaik selesai solat, riak wajah peserta sudah mula berubah.

Seperti yang diduga, akhirnya segala yang terpendam di dalam hati akhirnya pecah jua daripada jiwa para peserta semasa sesi simulasi permainan Sayang Si Buta. Masing-masing menunjukkan warna diri masing-masing.

Pada sebelah malamnya, melalui slot Belajar Dari Alam, para peserta semakin teruja sehinggakan ada salah seorang Pak Cik meminta supaya dipanjangkan slot tersebut. Tetapi permintaannya terpaksa kami tolak bagi membolehkan para peserta tidur awal untuk Qiamulail di keesokkan hari.

Program ini akhirnya “landing” dengan kuliah Dosa Penghalang Kejayaan kira-kira jam 11 pagi. Dan seterusnya majlis penutup dijalankan kira-kira jam 2 petang.

Walaupun diperingkat awalnya ada peserta yang seolah-olah memandang rendah pada kami yang kelihata muda, namun begitu berlaku sebaliknya pada akhir program tersebut.

Masing-masing meluahkan rasa terima kasih kerana memberikan sesuatu yang baru kepada mereka yang bakal menjadi bekalan dalam kehidupan di masa akan datang.

0 comments:

Post a Comment

 
Fitrah Perkasa. Design by info@fitrahperkasa.net. Converted To Fitrah Perkasa By Faisal Tested by info@fitrahperkasa.net.